Selasa, 2 Ogos 2011

Weymouth - Olympic Test Evet 2011

Salam,
Salam 1 Malaysia,

Selamat Berpuasa dan Selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa. Untuk perkembangan di Weymouth, UK,

Untuk 31/07 dan 1/08 atlit-atlit 470 sudah mula berlatih di National Academy Sailing. Angin bertiup antara 6-8 knots tidak memberi masalah kepada atlit untuk membiasakan dengan bot. Suhu pada sebelah pagi menceceah 14 C dan menjelang petang mencecah kepada 17 C. 

Untuk 1 Ogos 2011, adalah hari pertama pasukan berpuasa di UK. Kejohanan akan bermula pada 5hb sehingga 13hb Ogos 2011. Pasukan dijangka pulang ke tanah air pada 14 Ogos 2011.

Sekian.
Cs